Cukup untuk yang ini...



In the name of Allah....

Sejujurnya telah lama aku ingin terus melakar kata pada ruangan kosong ini. Namun, tak mudah untuk aku teruskan hasrat hati ini. Ruangan lama telah lama aku tinggalkan kerana terlalu banyak kenangan yang tersimpan indah di sana. Lalu aku teruskan langkah untuk membuka ruang baru bagi melakar kata yang masih bersisa di ruang minda.

Hidup mesti diteruskan walaupun ianya pahit. Masa lalu banyak mengajar aku untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh lagi. Namun, kadang kala tak mudah seperti apa yang terungkap. Masa lalu sering menerpa ruang ingatan ini membuatkan aku kadang kala menoleh melihat apa yang telah terjadi. Sapa kata ianya tak membawa sebarang erti? Kadang kala ia mengingatkan kau untuk libat kuat dari dulu. Percayalah.

Kini aku lebih selesa. Membuka ruang baru untuk lebih matang. Menjadi diri aku yang dulu tanpa sebarang rasa`sakit. Tapi bohong la kalau aku katakan yang hidup ini lebih bahagia bila kita sendiri. Tapi aku bersyukur kerana Allah masih berikan aku keluarga dan sahabat yang tak pernah jemu melayan kerenah aku saat aku perlukan mereka. Demi Allah, aku sayangkan mereka, Terima kasih Allah. Alhamdulillah....

Cukup untuk entry pertama aku? Kau ingin tahu lebih tentang aku? Teruskan kalau kau mahu. Tapi aku takut kau yang akan bosan. Aku menulis dari hati tentang apa yang aku lalui, tentang apa yang aku rasai dan tentang apa yang aku lihat. Kadang kala ianya mungkin bukan tentang aku tapi mereka yang berada di sekeliling aku. Moga kamu-kamu semua dapat menerima aku di sini.


Gadis biasa,