Lapan: Semalam hujan turun lagi

In the name of Allah, the Most Graciuos, the Most Merciful...


Hati mana yg tak tersentuh dengan sebuah keikhlasan?
Lagi2 utk hati lembut itu
Hati yg mudah tersentuh
Hati yg mudah menangis sendiri.


Kau akan nampak tawa dan senyum pada wajahnya
Tapi disebalik hati kecil itu
Tersembunyi pelbagai cerita
Cerita yg jadi rahsia buat dirinya


Semalam hujan turun lagi
Hari ini pun sama
Tapi cerita hari ini tak sama mcm semalam
Kenapa?


Aturan hidup manusia tu memang da Dia tentukan
Tapi ada Allah bg jadual hidup pada kita sorang satu?
Tidak kan?


Buka minda dan akal lebih luas
Cuba lihat dgn mata hati
Takut nanti kalau lihat tanpa sedar
Akan jadi hati yg mati


Hidup ini singkat
Sbb bila pun kita boleh pergi
Tanpa sempat  kita pesan pada mereka yg ada
Cuma nanti bila nafas tak lagi terhembus
Moga tiada dendam antara kita
Moga kenangan yg pernah ada akan jd potret indah buat  tatapan mata


Landasan panjang,
Gadis biasa

Selamat ulang tahun

Saturday: February 15,2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..


Selamat pagi dunia
Selamat pagi sekalian manusia

Tiada nada seindah bicara
Tiada kata seindah pujangga


Hari yang masih diberi nafas
Moga ia akan terus bertahan pada akhirnya

Selamat ulang tahun buat aku
Selamat


Kota Kinabalu,
Sabah

Kebodohan hati

Friday: February 14, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..

Berulang kali "private no" tertera di skrin phone. Ntah berapa juta kali aku pesan pada dari. Jangan kalah pada hati. Namun hati cepat bertindak.

Untuk kali yang keberapa, akhirnya hati mengalah. Aku capai phone yg berdering.

"Assalamualaikum. Sapa ni?" Bertanya sedangkan aku dapat tahu siapa dari suaranya. Suara yg tak pernah aku lupa. Suara yg hampir 6 tahun aku dengar setiap hari.

"Khalid. Dekat mana? "
"Kenapa ya? "
"Saya rindu". Ntah da berapa kali aku dengar kata2 tu. Bukan aku tak nak percaya. Tapi kebodohan yg dulu da ajar aku banyak perkara.

"Saya sibuk. I got to go. Maaf. Assalamualaikum". Aku matikan talian. Maaf sbb bukan niat nak sakitkan hati atau jadi manusia sombong pada kau. Aku cuma tak nak kembali pada kebodohan yang dulu.

Kebodohan yang hanyutkan aku dalam lautan duka. Cukuplah ada dia dlm hidup kau. Aku doakan kau bahagia.


Kota Kinabalu,
Gadis biasa

Ingatan

Aku ke sini lagi
Hiruk pikuk jalan masih sama
Pokok rumput juga sama 
Yang lain hanya ingatan aku
Yg hampir lupa pada indah tempat ini

Dulu masa aku ke sini
Ada dia aku khabarkan tentang indah di sini
Tapi kini tiada lagi dia
Mungkin kerna itu aku lupa

Bangunan yg ada berdiri dikiri kanan
Tanda tunjuk arah nama jalan
Semacam aku ingat
Memang aku ingat
Sebab aku pernah ke sini
Tapi aku benci bila ingat
Sebab aku ingat dia dlm semua benda

Kota kinabalu,
Gadis biasa

Tujuh: Laut atau Langit?

Dalam ruang ini aku terasa sempit
Hirup nafas pun terasa sesak
Kalau aku biasa pilih antara langit dan laut
Aku akan pilih laut

Kata manusia laut akan buat kau lemas
Kata manusia langit akan buat kau terbang tinggi

Tapi aku tetap akan pilih laut
Biar lemas
Biar terdampar di pasir putih
Biar nanti pasir putih itu akan aku lukis dengan kisah kita

Atas awan;
Gadis biasa

Bab 2 & Enam: Mimpi

Thursday: February 13, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


Penat satu hari ni masih bersisa. Aku rasa kalau penat tu boleh timbang berat. Aku boleh jadi juara untuk hari ni. Satu hari aku cuba penuhkan masa yang ada sebaiknya. Siapkan apa yang termampu. Walau terkejar-kejar tapi Alhamdulillah aku masih lagi hidup sampai masa ni.

Aku tengok jam pada tangan, da pukul 1940. Maghrib tak solat lagi. Aku tarik diri. Tinggalkan apa yang bersisa. Aku kena balik. Sebab Maghrib pun aku tak solat lagi.

"Esok kita jumpa dkt office". Aku cuma senyum pada empunya suara tu. Penat da sampai tak mampu nak kata apa. Aku kena cepat pergi surau. Takut Maghrib habis aku pun sekali habis.

----------------------------------------------

Tadi masa aku drive balik rumah, teringat mimpi semalam. Mimpi yang aku rasa cuma sekadar mimpi. Tapi kenapa dia yang aku mimpi. Bukan aku minta untuk ada dia dalam mimpi aku.

Malam macam ni patut tenang buat aku. Tapi ntah kenapa mcm berserabut je rasanya. Badan da penat. Mata pula da lesu. Baik aku rehatkan diri sementara boleh.

Aku capai buku yang aku da siap letak atas katil. Langit Vanilla karya Wani Ardy. Memang da jadi sifat semula jadi aku agaknya utk membaca sebelum tidur. Tengok lah banyak mana yang aku mampu baca malam ni sebab kudrat mata ni nak meniti satu-satu patah perkataan dlm buku tu da macam tak bernyawa.

Aku kalih mata pada luggae bag tepi almari. Esok nak kena travel lagi. Aku tgk buku pada tangan. Nak baca ke nak terus tidur.

Aku letak buku disisi. Aku rasa tidur tu paling baik. Lampu bilik aku matikan.

Gelap. Suram.

-----------------------------------------

Semalam aku mimpi dia
Mimpi dia lagi
Sampai bila aku akan terus mimpikan dia
Aku sendiri tak pasti

Kenagan itu memang ada
Mungkin kenangan tu yang bawa diri hadir dalam mimpi
Tapi kenapa terlalu kerap
Bukan aku tak suka
Cuma aku rimas
Rimas dengan mimpi yang cuma mainan lena
Yang indahnya cuma dalam khayalan
Tapi perit dalam realiti


Gadis biasa;

Lima; Hadiah buat aku

Thursday: February 13, 2015
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


Sapa cakap aku tak menangis
Air mata ini jatuh
Tapi aku senyum
Sebab aku tahu Allah akan temukan kita semula

Walaupun ianya dalam mimpi sahaja 

Sapa cakap aku suka pada perpisahan
Perpisahan yang bukan kehendak kita
Perpisahan yg membawa pada pertumpahan air mata
Yang akan bawa aku larut dalam duka

Air mata ini jatuh lagi
Tapi hati kena redha
Sebab apa yang kita buat ini
Untuk kejar Cinta Illahi
Cinta Agung milik sang Pencipta

Aku pergi bukan kemana
Aku pergi cuma mencari diri
Tapi aku tetap di sini
Aku pernah berikan hati
Dan aku tak minta kau pulangkan semula
Aku cuma minta kau jaga
Jaga dalam doa

Aku tak pergi jauh
Insyaallah kalau memang da jodoh
Kau mesti hadir lg dalam mimpi aku
Dan nanti Allah akan hadirkan depan aku
Sebab aku nak itu sebagai hadiah buat aku
Hadiah dari Dia yg satu



Gadis biasa;