Ambil posisi selesa;

Saturday: June 22, 2013/0735
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Selesai solat subuh pagi td, macam biasa zikir al-Mathurat jd amalan. Insyaallah, moga amalan ini akan terus istiqamah hingga hujung nyawa nanti. Langsir biru laut itu aku selak ke tepi, jendela aku buka sedikit. Nyaman. Angin pagi seperti itu sejuk menyapa muka ini. Ya Allah, besarnya kekuasaanMu ya Rabb. Indahnya ciptaan Mu tiada tandingan.

Di luar jendela, tak banyak aktiviti yang aku nampak. Mungkin rata-rata mereka masih lagi berbaring malas. Biasalah hari ni hari sabtu. Off day after 5 days kena kerja. Nikmat untuk orang bekerja mcm ni la. Aku pun kadang-kadang mcm tu juga. Ni la masanya nak ambil peluang untuk berehat-rehat lebih sikit. Sedar tak sedar, da seminggu berlalu. Aku ambil laptop atas meja dan bawa ke katil. Ambil posisi selesa lalu aku letakkan atas riba. Button on aku tekan. Novel baru yang aku beli semalam terletak kaku di sisi. Anthem by Hlovate. Baru berapa helaian yg aku baca semalam tp tu pun bersengkang mata sbb nak lawan nafsu mengantuk. Setiap kata dan jalan ceritanya buat aku nak teruskan bacaan tanpa perlu aku stop walau sesaat pun. Tp sbb ada kata yang perlu aku kotakan, buku perlu aku tutup. Dan terbiarlah buku tu sampai saat ini.

Background kapal-kapal besar di pelabuhan jadi tatapan aku pada skrin di hadapan aku. Icon internet explorer aku klik. Phone yang dari td berbaring senyap aku ambil. Instagram, twitter, fb da semua aku buka lepas selesai mathurat td. Aku cari app Ikim fm dan aku klik untuk loading. Favourite radio aku since dari dekat uni lg. Sebab ni je satu-satu radia yang pada aku rasa boleh bagi santapan rohani pada jiwa ni dan plus, radio ni tak banyak lagu yang dorang mainkan. If ada pun, lagu-lagu yang bg ketenangan pada jiwa ni. Alunan muzik merdu ntah dari kumpulan nasyid mana aku tak tahu menerpa telinga. Tapi nada dan iramanya sungguh dapat menarik ketenangan dari hati ni. Aku memang jenis tak pernah tahu tajuk lagu dan sapa penyanyi dia. Too bad right?

Ok, skrin dkt depan aku da masuk web blogger. Time to update blog girl! Aku pun tak ingat bila aku last post story dekat sini. *Are you so busy yin until no time for writing?* Nope! But indeed, yes I am busy with my 5 days working day. Ruang putih di hadapan aku sekarang ni buat aku mula menekan papa berhuruf. Semakin lama semakin laju jari ni mengukir kata pada ruangan putih. Alhamdulillah, itu yang terucap. Allah berikan aku rasa yang dalam untuk menulis. Perasaan untuk menulis tu sentiasa ada dalam diri ni. Mungkin sebab aku suka bercakap jd bila sorang-sorang macam ni nak cakap dengan sapa. Dekat sini je la tempat aku luahkan semuanya.

Minggu ni dekat Stadium Melawati Shah Alam ada program Mahabbah Ikim. Perasaan nak pergi tu memang ada sejak seminggu lepas bila dapat tahu pasal program ni. Tapi tak ada sapa nak teman. Anyone? No? OK. So duduk je la diam dekat rumah malam ni yin. Dengar je ikim dkt rumah. Tak la rasa mcm loser sangat kan?

I had short conversation dengan my uni friends this morning. Adat orang Islam, bertanya khabar dan new update from them. Cara eratkan silaturrahim antara saudara Islam dan paling penting hubungan sebagai kawan tu tak akan mati macam tu je. Pada aku kawan tu penting dan merekalah yang akan warnakan hidup aku. Tak perlulah contact hari-hari tp cukup once a while, Assalamualaikum tu perlu untuk kau hulurkan. Ini cara aku nak jaga hubungan antara kawan. Tapi untuk kawan-kawan yang berlima tu lain. Kami berenam. Kalau sehari tak ada conversation memang rasa lain. Persahabatan kami lebih dari itu. Da jadi mcm hubungan antara saudara. 6 kakak bersaudara. Haha *Smile*

Cuaca dekat luar masih lagi tenang dan damai. Tapi da boleh buat solat sunat Dhuha. Tapi jari ini masih lagi menari. Aku habiskan ayat yang terakhir. Icon publish aku klik. Ok. Done for blogging this morning. Laptop aku letakkan di sisi. Leslie masih lagi tidur. Memang saje la tu sbb tahu kakak dia ni ada dekat rumah. Tahap nak manja makin tinggi la tu.




Gadis biasa;