Rindu si pari-pari;


Friday: May 31, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Rasa rindu nak menggerakkan jari jemari mengukir kata pada papan berhuruf ini membuatkan aku terus melakar kata di sini. Aku rindu sebenarnya bila sehari tak meluahkan kata di sini. Mesti orang akan cakap aku ni gila kan. Tak kesahlah sbb bukan kau yang rasa rindu ni tapi aku yang rasa.

Semalam, jasad yang kurang sihat ni menarik sekali rohani ini lemah seluruhnya. Berat kepala memang da tak tertanggung dek badan. Mata jangan cakaplah. Nak buka pun memang da tak mampu. 

-----------------------------------------

Antara satu ciri-ciri manusia yang munafiq adalah mereka yang memungkiri janji. Dan aku diuji Allah untuk menjadi manusia yang berpegang pada janji. Mungkin mereka senang dengan sifat aku yang lebih suka mendiamkan diri dan tidak pernah kesah untuk mencari cerita tentang manusia lain. Jadi aku dijadikan tempat sandaran untuk mereka berkongsi kata, cerita, sakit, duka dan gembiranya. Biasanya luka itu lebih dari gembiranya.

Aku gembira menjadi tempat mereka meluah kata. Dari dulu lagi. Mungkin mereka percaya kata-kata mereka akan selamat bersama aku. Insyaallah, akan aku jaga sebaiknya. Itu yang aku selalu pegang. Selagi ada kepercayaan yang mereka beri, akan aku usaha menjaga kepercayaan itu sebaiknya. Sampai saat ini, kata-kata mereka masih aku jaga. Dan buktinya, hingga kini mencari aku menjadi tempat luahan kata. Dan kata-kata itu menjadi rahsia antara kami.

Bila ada yang meluah kata, minta diberi kata dua sebagai penenang hati. Aku cuba memberi kata terbaik buat mereka. Agar kata dua yang aku beri mampu memberi ketenangan buat mereka. Mungkin bukan selamanya, cukuplah buat sementara. Aku sentiasa ingatkan mereka tentang damainya berada di sisi Illahi. Kerana sebaik-baik ketenangan itu adalah ketika kau mengingati Allah. Dengan izin Allah juga, aku mampu memberikan kata buat mereka. Tanpa Allah, tiada apa yang ada pada diri ini.

Sahabat. Sapa yang mahu melihat sahabat sendiri kecewa? Aku sendiri mampu. Menangisnya mereka menangislah aku. Aku adalah gadis yang paling lemah pada hatinya. Terlalu sensitive pada semua perkara. Kau pernah tengok manusia yang menangis kerana menonton cerita kartun? Kalau ada, aku antara mereka. Kau layarkan cerita jenis apa pun. Asalkan ianya sedih, da cukup menggamit hati kecil ini untuk menitiskan air mata. Hehe... Mungkin ada yang kata kelakar. Dan mungkin kau ketawa bila mengetahuinya. Tapi itu memang diri aku. Tengok iklan tv yang tak sampai 3 minit tu pun kalau da sedih, mesti aku nangis. Ulang la banyak kali. Air mata ni tetap akan menitis. Hehe.. Kadang-kadang, bila aku rasa tempat tu tak sesuai untuk aku menangis. Aku cuba lagi dr suasana itu. Paling tidak pun kalau ada air mata yang menitis. Tiada sapa yang melihatnya.

-----------------------------------------

Kenapa laut itu biru sedangkan airnya jernih?
Kau tanya aku?
Mana mungkin aku tahu kerna aku hanya gadis biasa.

Kalau kau kata aku ini lain,
Aku kata mungkin ya.
Mungkin ada yang sama dengan aku,
Tapi kami mungkin berbeza.

Aku bukan gadis yang perlukan gincu dibibir,
Celak mata yang kau lukis untuk nampakkan serinya,
Pemerah pipi untuk kau warnakan,
Memang aku tak perlukan,
Cukup bedak di wajah aku sapukan,
Itu memadai.

Aku bukan gadis yang perlu kau tatang setiap masa,
Untuk buktikan cinta kau,
Aku bukan gadis yang perlu kau bawa keluar setiap masa,
Untuk kau buktikan setianya kau,
Aku juga bukan gadis yang perlu kau tunjukkan machonya kau,
Cukuplah kau pamerkan sapa diri kau,
Sbb aku memang tak pernah pandang pada rupa,
Tapi nampaknya kau punya rupa rupawan,
Itu satu bonus pada kau buat aku.

Kalau kau nak tahu,
Aku gadis yang senang untuk kau jaga,
Aku tak perlukan hadiah yang mahal,
Atau harta yang berharga,
Memang orang kata wang dan harta itu penting,
Tapi pada aku,
kasih sayang itu jauh lagi penting.

Aku gadis yang boleh kenyang dengan kata-kata cinta,
Gadis yang paling bahagia bila kau ucapkan kata rindu,
Aku mampu hidup hanya dengan kasih dan cinta,
Sbb aku punya prinsip,
Yang perlu kau kenal dan kau cari sendiri.

Aku rela hidup dalam cinta dan kasih kau tanpa harta,
Aku rela tinggalkan segalanya,
Asalkan aku  dapat bersama kau sentiasa,
Aku rela kita hidup sederhana,
Asalkan kita tak jauh dari DIA,
Sebab aku mahu dalam istana kita nanti,
DIA yang utama,
Sebab DIA segalanya...




Gadis biasa;