Hujung minggu;

Sunday: June 2, 2012
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...

Alhamdulillah untuk segalanya. Nikmat penglihatan dan pendengaran yang Allah berikan ini sudah cukup untuk buatkan aku sedar yang aku ini milik Dia. Dan peluang untuk meneruskan hidup ini satu lagi nikmat yang perlu aku syukuri. Mampu bernafas seperti biasa buat aku menghargai setiap saat yang hadir. Ntah apa yang terjadi selepas ini walau sesaat pun belum pasti aku ketahui. Sesungguhnya semua itu dalam pengetahuan Dia.

Nikmat ini yang aku jadikan sebab untuk aku mengharungi hidup ini dengan lebih bermakna dan menghargai setiap apa yang ada disekeliling aku.

--------------------------------------------------

Nafas yang dihembus saat ini,
Belum tentu akan aku hirup sesaat nanti.

Awan yang memutih di langit,
Tidak mampu untuk aku gapai saat ini,
Kalau beribu saat yang kau kirimkan pun,
Belum tentu dapat aku gapai awan itu.

Tapi hidup ini bukan tentang apa yang kau inginkan,
Tapi tentang apa yang Allah berikan pada kau,
Jauh mana pun kau rasa Allah itu jauh dr kau,
Ingatlah yang Dia tak pernah lupakan kau walau sesaat pun.

-----------------------------------------------------------------------

Berada di rumah bonda, buat aku rasa bahagia. Rumah yang penuh dengan rasa kasih dan sayang. Mendengarkan suara bonda pun da cukup buat aku rasa sayang, Ini kan pula menatap wajahnya. Hujung minggu di rumah bonda memang jadi pilihan utama. Hujung minggu ni, abang ngah pulang tanpa kak ngah. Kak ngah yang aku rindu untuk aku peluk dia semahunya. Mungkin sbb kak ngah terlalu kurus pada aku. Jadi bila peluk dia akan aku peluk seeratnya. Buat dia gelak dengan perangai aku dan melahirkan gelak pada yang lain. Sekurang-kurangnya aku mampu buat mereka gembira.

Abang ngah macam biasa. Tak banyak kata yang keluar dr mulutnya. Satu dua tiga empat lima kata yang diucap. Senyaplah dia. Aku yang akan jd penanya utama. Juru cakap tak berbayar. Kalau ada kak ngah banyak la juga kata yang di ucapkan. Maklumlah isteri di sisi. Jadi kekuatan buat diri. Aku bahagia melihat mereka bahagia. Bila suami isteri ni balik bersama, tak pernah nak berenggang. Abang ngah mana isteri dia duduk, situlah dia duduk. Pernah satu ketika, ruang tamu tempat semua berkumpul jd tempat kasih bermadu. Semua duduk berpasangan antara satu. Hey, mereka mungkin lupa yang aku masih wujud dlm keluarga ini. *Smile* Cukuplah melihat mereka gembira dan bahagia. Sebab tempias bahagia itu akan melekat pada aku juga.

Kak ngah da sebulan dalam wad. Abang ngah orang yang paling risau. Mana tak risau kalau isteri da sebulan dalam wad. Tapi Alhamdulillah, anak dalam kandungan kak ngah sihat. Cuma kata abang ngah ada masalah dalam kandungan yang buat kak ngah terpaksa duduk di wad. Abang ngah ckp tak kesahlah berhabis sikit asalkan dua insan yang dia sayang itu selamat. 

Aku tak sabar nak jadi mak lang. Nak dapat anak buah yang pertama. Budak-budak memang boleh buat aku gila. Ilmu jaga baby ni da lama aku dapat dari bonda. Itu pun sebab bonda selalu jd tempat jiran-jiran minta bantuan jaga baby mereka. Aku jugalah yg kena bantu bonda sebab dulu cuti semester rumah bonda ni la tempat aku habiskan masa. Aku paling suka bila dapat cium bau baby ni. Bau paling harum pernah aku rasa. Ibu kata baby ni bau syurga. Tak ada secalit dosa pun pada mereka. Ibu bapalah yang mencorakkan setiap lukisan pada baby tu.



Gadis Biasa;