Kenangan memang tak boleh diulang lagi ke;

Thursday: June 27, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Esok jumaat, lusa Sabtu, tulat da Ahad. OK. Minggu yang paling lambat aku rasa masa berlalu. Dan minggu yang aku rasa paling banyak mengelamun dari fokus. Dan minggu yang aku rasa aku banyak bual dari jatuh cinta dengan fail yang da bersusun atas tray meja tu. Ntah apa yang aku rasa aku pun tak tahu. Tapi yang pasti, minggu ni memang aku banyak main dengan perasaan yang berubah-ubah. Taufan emosi dan jadi balik. Aku rasa da lama tak kena taufan emosi macam ni.

Semalam bonda call sbb nak buat announcement yang she become a granny now! Happy? Of course la sbb memang dari dulu lg dia nak sangat dapat cucu. Sampai pernah suruh aku yang kahwin sbb nak cucu. Bonda ni betul ke tak betul? Masa tu abang ngah pun tak kahwin lg taw. Tak kan la aku nak langkah bendul. Lelaki mana pula aku nak cari buat bakal imam aku masa tu. Even bonda siap offer bonda nak carikan lagi. *Putus fius la bonda ni* Btw congrats abang ngah & kak ngah sebab dapat baby girl!

So, dengan bangganya aku da jadi mak lang. Ops silap. Auntie Yin. Hum.. Macam tak berapa nak kena. Sebab rasa mcm tua sangat lah kan. OK la. Mak long is much better. Hehe.. Kejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik da pertengahan tahun. Kejap lagi da nak Ramadhan. Tak sabar rasanya nak tunggu Ramadhan. Bulan yang penuh dengan barakah. Rasanya dulu aku ada tulis tentang barakah bulan Ramadhan ni. Tp dalam blog lama. SO memang da sah lah aku delete. Insyaallah nanti ada masa aku karang balik tentang tajuk tu.

But now still in Syaaban. If you realize yang bulan Syaaban ni pun sebenarnya terkandung macam barakahnya. Cuma kita sendiri je yang nak kena buat pilihan untuk nak ambil tahu atau terus buat tak tahu. As muslim, we should gain as much knowledge as we can. Pada aku, Islam tu satu agama yang mudah. Tapi bila da rasa agama tu mudah, janganlah pula ambil mudah untuk semua perkara. Kadang-kadang bila aku fikir sendiri, da cukup ke diri ni sebagai Islam yang betul-betul Islam. Am I truly practising Islam  in my daily life? Soalan yang mcm ni la yang selalu buat aku ingat balik mcm mana aku berubah.


"Setakat solat 5 waktu tu da cukup ke nak yakinkan kita yang kita ni da betul-betul Islam?" Dari soalan ni lah bermula segalanya. 3 tahun lepas. Di sebuah daerah kecil. *Hum* The rest is history. Tapi aku bersyukur sebab Allah temukan aku dengan kakak-kakak yang cool mcm dorang. Yang boleh buat aku fikir sendiri untuk ubah diri ni. 1 tahun lebih aku hidup dengan dorang. Banyak yang aku belajar. Ingat balik semua tu buat aku rasa bersyukur sangat tapi dalam masa yang sama ada rasa sedih.Rindu nak duduk sana. Tempat paling damai bagi aku. "One day, akan ada satu masa yang yin akan rasa terasing dan keseorangan. Masa tu, doa pada Allah dan ingat yang Dia sentiasa ada". Allahuakbar. Seraut wajah putih bersih tu kembali dalam ingatan aku.

Aku alih mata pada jam dekat dinding tu. Cukuplah untuk malam ni. Esok nak bangun awal sebab nak ambil masa lebih untuk baca Surah Al-Kahf. Bila sebut pasal surah ni, niat aku yang nak hafal beberapa ayat dalam surah ni tak mula lg. Bila la dapat nak mula. Hafazan surah Maryam pun da tak berapa nak lancar. You should do something yin. Jangan sampai dari tak lancar tu hilang terus. Insyaallah, lepas ni da kurang travel ni boleh la ikut balik jadual waktu mcm dulu. Insyaallah....

------------------------

Teringat ada kawan yang tanya;
"Why da tak blogging in English? Semua entry in Malay. Tak mcm dulu. Da lari dari blog dulu."

Ok. Serius. Memang aku yang pilih untuk lari dari blog yang lama. Malay writing pun ok apa. Bukannya blog dulu pun semua english. Cuma 70% memang english. Aku tak jawab apa pun bila dia tanya mcm tu. Diam. Tu lagi baik. Sebab cukuplah aku tahu kenapa.





Gadis biasa;