Malasnya hari ni;

Monday: June 17, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...
Cahaya matahari da mula naik menunjukkan sinarnya. Kalau ikut perkiraan yang aku pernah belajar dari majalah solusi edisi ke berapa pun aku da lupa, tp waktu mcm ni memang da boleh buat solat dhuha kalau kau nak. Tapi sekujur tubuh yang masih berbaring dengan tidur yang lena di atas katil yang enak tu mungkin da lupa yang aku sepatutnya kena kerja hari ni.

Ni la dia bahana tidur lewat semalam. Mahu taknya kalau badan da penat mcm tu, memang sah lah aku tak boleh tidur. Da memang formula badan aku mcm ni sejak dari dulu lagi. Bangun pagi td waktu subuh tu pun mengalahkan orang yang ada penyakit tulang belakang gamaknya. Mana taknya, kemain susah betul nak bangun. Nasib baiklah kuat lg iman ni nak buat aku bangun. Lepas solat mcm biasa, yasin dan al-Mathurat memang da jd amalam sejak dari belajar dekat uni lagi. Hurm.. bila teringat balik banyak yang aku belajar dkt uni dulu untuk jadi manusia yang lebih baik. OK. Stop the throwback yin. Memang ikut perkiraan aku yang da sebati dgn rutin harian ni, before 7am mesti semua urusan ni da siap. Dan lepas tu biasanya aku akan mula kemas rumah sikit-sikit dan buat breakfast. Tp sejak minggu lepas aku rasa, da tak ada lg sesi kemas dan prepare breakfast ni. Tp sesi lain pula yg ada. Sesi kuak lentang atas katil tu yg jd pilihan aku. Aduiii... ni kalau tahu permaisuri raja dkt kampung tu mahu senduk nasi naik atas badan aku. Masa tu ampun daulat permaisuri raja la aku hulur. Minta la dielakkan.

Mungkin penat sangat kerja yang buat aku rasa sesi kuak lentang tu penting. Mana taknya, sapa yang rela tinggalkan nikmat tidur utk pergi kerja yang kena spend 8hours dkt ofice tu?

Jadi dengan bangganya, aku pun bangun dr pembaringan. Ni pun sbb fikir ada kerja dkt ofice yg nak kena siapkan. Nak tak nak kena la bangun mandi. Part dalam bilik air ni jangan cakap lah. Aku boleh spend about 1 hour utk abdikan diri aku dalam tu. Mana taknya, berdiri depan cermin sebelum proses wajah ni pun aku ambil masa 3 minit. Ntah apa aku belek dkt cermin tu pun aku tak tahu. Macam tu jugalah muka ni. Tapi da jadi tabiat. Nak buat mcm mana. Tu belum lg masuk part  nak bersihkan muka. Lagi lama. Sbb utk aku, basuh muka bukan sekadar nak basuh je. Ni la time nak urut setiap inci muka tu. Kadang-kadang layan juga sorang-sorang bila buat mcm tu. Rasa mcm satu ketenangan.

Tapi kalau nak mandi sampai 1 jam tu biasa aku tak buat pagi mcm ni. Paling lama pun aku mandi waktu pagi dalam 20 minit. Cukup la tu. Siap je proses bersiram, mcm biasa aku dulukan dhuha dulu. Lepas tu baru aku bersiap utk pergi kerja. Lagi pun bukan lama nak bersiap. Tak payah lah nak fikir pakai baju apa semua. Sbb company aku kerja tu memang da provide baju seragam yg harus semua pekerja pakai. Cuma kau pilih je la baju warna apa kau nak pakai hari tu. Match dgn tudung dan seluar, kira ok lah. Tak susah pun.

Tepat 8.20 semua siap. Ambil handbag, buka sikit tingkap bg udara segar masuk dlm bilik ni. Off semua plug, ok done!

Bila da ada sesi kuak lentang, memang tak ada lah breakfast sedap. So, mcm biasa. 1 gelas air kosong mesti aku minum dulu. Lupa pula madu kurma dengan madu da habis. Cepat pula stok bulan ni habis. Nasib income masuk minggu ni. Boleh shopping barang rumah sekali. Ok. Ambil ni, ni dan ni. Done for my breakfast. Good. Nw time untuk berkhidmat untuk amal dunia. Moga boleh jadi pahala untuk bawa pergi akhirat nanti. Insyaallah, yang penting niat.

8.30am papa sampai and macam biasa papa lah yang akan hantar aku pergi stesen ktm tu. Stesen ktm tu dengan aku da mcm kawan baik. Mana taknya hari-hari muka aku mesti ada dekat sana. Kalau agak aku tak ada sebab travel, dan stesen tu boleh bercakap mesti dia tanya mana aku pergi. Kalaulah.... Bila nak keluar rumah mcm biasa aku akan text dia. Minta izin inform apa yg perlu. Yang tu harus. Waktu ni la baru aku alert dgn phone kesayangan aku. Waktu dalam kereta nak pergi ktm tu, papa buka radio hot fm. Suara yuna yang mengisi ruang medium dlm kereta papa buat seketika. Ntah apa tajuk dia. Aku tak pasti. Memang taklah aku nak kenal semua nama lagu. Lagu yg dia bg tu pun satu dua je aku tahu tajuk dan penyanyi asal. Yang lain aku tak tahu. Jd yg aku tak tahu tu,penyanyi asal lagu tu dialah. Hehe.. last sekali bila yuna da habid nyanyi, papa tanya. "Tu lagu baru yuna ke?" Aku dengan penuh confident jawab. "Ye la tu sbb tak pernah dengar". Time tu juga papa gelakkan aku. "Bila masa pula yin dengar radio?". OK papa boleh teruskan gelakkan tu. Betullah aku manalah dengar radio kecuali bila naik kereta dgn papa or kak long. Tu pun bukan layan sangat. Nasib la labu..

Macam biasa waktu pagi memang waktu paling ramai orang tunggu train nak pergi kerja. Ada lagi 10 minit train ke destinasi aku akan sampai. Tu pun kalau betul-betul ikut jadual. Tengah aku duduk tgk permandangan indah, tiba-tiba ada satu aroma yang wangi menusuk hidung aku ni. Bau macam kenal. Aku pusing kiri, tengok ada mamat india sebelah ni makan nasi lemak pula. Lapar sangat la tu bro...