Tambah sikit ilmu;

Wednesday: June 3, 2013
In the name o Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Peluang macam ni tak mudah datang. Kira peluanglah nak rehat lama-lama dekat rumah mcm ni kan. Ingatkan test tadi lama sampai petang. Rupanya kejap je. Jadi banyaklah masa yang terluang hari ni. Bila duduk sorang-sorang mcm ni memang banyak yang aku fikir. Masa depan.

Pejam celik da hampir nak Ramadhan. Bulan yang paling semua orang tak sabar nak tunggu kehadirannya. Aku pun sama. Setiap tahun Ramadhan yang paling aku rindu. Rindu nak rasa damainya siang dan tenangnya malam di bulan Ramadhan.

Aku rindu nak rasa Ramadhan sebagai seorang pelajar. Dulu, 3 tahun lepas adalah Ramdhan yang paling aku rindu. Puasa pada tahun akhir pengajian dan sebagai seorang pelajar terlalu banyak memori yang aku simpan. Rindu bazar dekat luar pagar tu. Habis kelas je semua pakat jalan ramai-ramai pergi bazar. Bila malam, masjid jadi tempat bertapa aku. Rindu suasana macam tu. Dulu masa ada kak apha, kak yen & kak syam seronok sebab malam-malam jalan sama-sama pakai telekung siap main takut-takutkan orang. Hehe.. Putus fius masa tu. But bila dorang da habis belajar, aku la yang sorang-sorang dekat sana.

Ingat lagi 3 tahun lepas, sehari sebulan puasa ada ceramah dekat Masjid As-Syakirin tentang Ramadhan. Ceramah tu mula usai solat Isya dan aku pilih untuk duduk sendiri di satu sudut. Sendiri. Memang semester akhir sebagai pelajar dulu aku banyak habiskan banyak masa sendiri. Aku tak ingat nama ustaz tu tapi apa yang aku ingat ustaz tu da berjaya buat aku menangis malam tu. Sampai balik bilik malam tu pun aku nangis masa call ibu, papa, kak long dan abang ngah. Malam yang roomate aku tengok mcm pelik je. Asal la akak aku sorang ni. Hehe.. Sorry la intan, akak memang emotional sangat malam tu. Tapi serius, ustaz tu memang best. Kata-kata dia buat aku lupa pasal dunia.Thanks ustaz!!


"10 hari pertama dia bulan Ramadhan itu adalah Rahmat, 10 hari dipertengahan Ramadhan itu adalah Pengampuan dan 10 hari terakhir di bulan Ramadhan itu adalah Pembebasan"


Sebaris kata-kata ustaz tu yang buat aku ingat sampai sekarang dan buat aku rindu nak tunggu hadirnya Ramadan setiap tahun. Ok, aku ada janji nak tulis entry pasal Ramadhan kan. Now aku rasa aku ada masa yang cukup untuk menulis.

-------------------------------------

Ramadhan bagi aku adalah satu bulan yang Allah kirimkan buat kita sebagai bulan untuk kita sebagai hambaNya membersihkan hati dan juga diri kita untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Bulan untuk kita mendidik hati kita untuk menahan diri dari kalah dengan nafsu diri. Puasa bukan sahaja mengajar kita untuk menahan diri dari lapar dan dahaga tapi lebih dari itu sebenarnya. Pada aku, kalau nak belajar untuk didik diri ni jadi penyabar, Ramadhan la masa yang paling sesuai. Tapi janganlah nak harap Ramadhan je lepas tu buka balik perangai lama. Tu memang nak kena ketuk kepala la tu.

    Firman Allah s.w.t.
    شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ} [البقرة : 185

Bermaksud: Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang batil)

Nas di atas menunjukkan bahawa al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang memisahkan di antara haq dengan batil itu diturunkan dalam bulan Ramadhan.

Dalam bulan Rmadhan ni, banyak kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Antaranya;

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
      (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Ok. Aku rasa sampai sini je dulu apa yang aku boleh kongsikan. Insyaallah nanti bila ada masa aku kongsi lagi ya. Takut nanti ada yg muntah hijau pula baca blog aku panjang-panjang ni. If korang rajin, korang boleh google atau dapatkan imu dr mana-mana boleh yang lain. Dorang lagi kongsi macam-macam ilmu yang menarik. Info yang aku dapat ni pun dari hasil bacaan aku dkt blog-blog mereka yang lain. Moga segala info yang ada ni boleh kita jadikan sebagai ilmu tambahan dan juga peringatan buat diri kita. Termasuklah diri aku ni sendiri.