Empat: Tunduk dlm pekat

Monday: February 12, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious,the Most Merciful..


Bila hati tak tenang
Aku mula cepat melatah
Duduk tak kena 
Berdiri pun salah
Ntah apa yg betul aku sendiri hilang arah

Malam memang gelap
Yg ada cuma cahaya bintang
Aku cari bulan 
Tp suram 
Samar dalam pekat malam

Aku fikir berjuta kali 
Kenapa hati susah nak dibelai
Aku tunduk pada Illahi 
Aku pohon ampun jika ada dosa tanpa sedar
Aku tahu aku manusia lemah
Senang tunduk pada hati

Dia beri ilham
Yg kadang2 sukar nak nampak dgn mata akal 
Tp terang bila kau guna mata hati

Aku tanya diri 
Apa yg aku mahu sebenarnya 

Aku tanya pada hati 
Kau tahu jawapannya

Aku cuma mahu jd baik 
bukan utk sapa2 
tapi utk aku


Gadis biasa;