Tentang hidup. Tentang manusia.

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful... 
Tuesday:  14:32


Jalan yg lurus tu tak selalunya indah,
Kalau kau minta aku pilih,
Aku akan pilih jalan berliku,
Yg mungkin penuh dgn duri.

Jalan lurus tu tak selalunya indah,
Kerna yg lurus itu mungkin permulaan sahaja, 
Hujungnya belum pasti lagi.

Bagi aku, 
Yg berliku itu penuh dgn warna, 
Yg akan kau temu dalam setiap durinya,
Bukan utk kau mengeluh dalam setiap payahnya,
Tapi utk kau bersyukur dlm tiap peritnya. 

Aku belajar sesuatu,
Tentang hidup. Tentang manusia.
Yg akan aku bawa pelajarannya hingga hujung nyawa.


Gadis biasa;