Lapan: Semalam hujan turun lagi

In the name of Allah, the Most Graciuos, the Most Merciful...


Hati mana yg tak tersentuh dengan sebuah keikhlasan?
Lagi2 utk hati lembut itu
Hati yg mudah tersentuh
Hati yg mudah menangis sendiri.


Kau akan nampak tawa dan senyum pada wajahnya
Tapi disebalik hati kecil itu
Tersembunyi pelbagai cerita
Cerita yg jadi rahsia buat dirinya


Semalam hujan turun lagi
Hari ini pun sama
Tapi cerita hari ini tak sama mcm semalam
Kenapa?


Aturan hidup manusia tu memang da Dia tentukan
Tapi ada Allah bg jadual hidup pada kita sorang satu?
Tidak kan?


Buka minda dan akal lebih luas
Cuba lihat dgn mata hati
Takut nanti kalau lihat tanpa sedar
Akan jadi hati yg mati


Hidup ini singkat
Sbb bila pun kita boleh pergi
Tanpa sempat  kita pesan pada mereka yg ada
Cuma nanti bila nafas tak lagi terhembus
Moga tiada dendam antara kita
Moga kenangan yg pernah ada akan jd potret indah buat  tatapan mata


Landasan panjang,
Gadis biasa