Bab 1

Wednesday: February 12,2014
In the name of Allah, the Most Gracious,the Most Merciful..

Sekarang masih hari yg sama. Tp da dua kali aku ke sini. Melakar kata menjadi pujangga. Hari ni panas sampai ke telinga. Kuasa kipas da tak mampu sejukkan udara yg ada. Walhal angin malam biasanya nyaman hingga ke hati. Mata masih kuat utk celik. Cuma tunggu 10 saat untuk rebah. Lena. Sbb badan da memang hilang tenaga. Tp da namanya manusia biasa. Rehat kau nanti bila da baring dlm kubur. Bila sekarang ni la masa nak tambah amal buat pahala utk buat bekalan di dunia sana. Masa da suntuk. Aku rasa aku patut pergi. Esok aku datang lagi.

Gadis biasa;

Empat: Tunduk dlm pekat

Monday: February 12, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious,the Most Merciful..


Bila hati tak tenang
Aku mula cepat melatah
Duduk tak kena 
Berdiri pun salah
Ntah apa yg betul aku sendiri hilang arah

Malam memang gelap
Yg ada cuma cahaya bintang
Aku cari bulan 
Tp suram 
Samar dalam pekat malam

Aku fikir berjuta kali 
Kenapa hati susah nak dibelai
Aku tunduk pada Illahi 
Aku pohon ampun jika ada dosa tanpa sedar
Aku tahu aku manusia lemah
Senang tunduk pada hati

Dia beri ilham
Yg kadang2 sukar nak nampak dgn mata akal 
Tp terang bila kau guna mata hati

Aku tanya diri 
Apa yg aku mahu sebenarnya 

Aku tanya pada hati 
Kau tahu jawapannya

Aku cuma mahu jd baik 
bukan utk sapa2 
tapi utk aku


Gadis biasa; 

Tiga;

Sunday: February 9, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the most Merciful..

Kuntuman bunga pun boleh layu
Ini kan pula sekeping hati
Yang penuh dengan harapan

Sekali kau tusuk mimpinya
Sekali kau calar rasanya
Tak mungkin retak hati itu dapat kau pulihkan.

Gadis biasa; 

sayap rindu

Saturday: February 8, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..


Berikan sepasang sayap
Pada rindu yang meronta

Ketika malam menangis
Bulan yang merajuk
Akulah bintang
Menanti hadirnya rindu
Bersama sayap-sayap emas
Yang telah kau berikan

Akulah bintangmu
Akulah penantimu.

Nukilan-Rozlan Dafinka

Tentang hidup. Tentang manusia.

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful... 
Tuesday:  14:32


Jalan yg lurus tu tak selalunya indah,
Kalau kau minta aku pilih,
Aku akan pilih jalan berliku,
Yg mungkin penuh dgn duri.

Jalan lurus tu tak selalunya indah,
Kerna yg lurus itu mungkin permulaan sahaja, 
Hujungnya belum pasti lagi.

Bagi aku, 
Yg berliku itu penuh dgn warna, 
Yg akan kau temu dalam setiap durinya,
Bukan utk kau mengeluh dalam setiap payahnya,
Tapi utk kau bersyukur dlm tiap peritnya. 

Aku belajar sesuatu,
Tentang hidup. Tentang manusia.
Yg akan aku bawa pelajarannya hingga hujung nyawa.


Gadis biasa;

Tambah sikit ilmu;

Wednesday: June 3, 2013
In the name o Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Peluang macam ni tak mudah datang. Kira peluanglah nak rehat lama-lama dekat rumah mcm ni kan. Ingatkan test tadi lama sampai petang. Rupanya kejap je. Jadi banyaklah masa yang terluang hari ni. Bila duduk sorang-sorang mcm ni memang banyak yang aku fikir. Masa depan.

Pejam celik da hampir nak Ramadhan. Bulan yang paling semua orang tak sabar nak tunggu kehadirannya. Aku pun sama. Setiap tahun Ramadhan yang paling aku rindu. Rindu nak rasa damainya siang dan tenangnya malam di bulan Ramadhan.

Aku rindu nak rasa Ramadhan sebagai seorang pelajar. Dulu, 3 tahun lepas adalah Ramdhan yang paling aku rindu. Puasa pada tahun akhir pengajian dan sebagai seorang pelajar terlalu banyak memori yang aku simpan. Rindu bazar dekat luar pagar tu. Habis kelas je semua pakat jalan ramai-ramai pergi bazar. Bila malam, masjid jadi tempat bertapa aku. Rindu suasana macam tu. Dulu masa ada kak apha, kak yen & kak syam seronok sebab malam-malam jalan sama-sama pakai telekung siap main takut-takutkan orang. Hehe.. Putus fius masa tu. But bila dorang da habis belajar, aku la yang sorang-sorang dekat sana.

Ingat lagi 3 tahun lepas, sehari sebulan puasa ada ceramah dekat Masjid As-Syakirin tentang Ramadhan. Ceramah tu mula usai solat Isya dan aku pilih untuk duduk sendiri di satu sudut. Sendiri. Memang semester akhir sebagai pelajar dulu aku banyak habiskan banyak masa sendiri. Aku tak ingat nama ustaz tu tapi apa yang aku ingat ustaz tu da berjaya buat aku menangis malam tu. Sampai balik bilik malam tu pun aku nangis masa call ibu, papa, kak long dan abang ngah. Malam yang roomate aku tengok mcm pelik je. Asal la akak aku sorang ni. Hehe.. Sorry la intan, akak memang emotional sangat malam tu. Tapi serius, ustaz tu memang best. Kata-kata dia buat aku lupa pasal dunia.Thanks ustaz!!


"10 hari pertama dia bulan Ramadhan itu adalah Rahmat, 10 hari dipertengahan Ramadhan itu adalah Pengampuan dan 10 hari terakhir di bulan Ramadhan itu adalah Pembebasan"


Sebaris kata-kata ustaz tu yang buat aku ingat sampai sekarang dan buat aku rindu nak tunggu hadirnya Ramadan setiap tahun. Ok, aku ada janji nak tulis entry pasal Ramadhan kan. Now aku rasa aku ada masa yang cukup untuk menulis.

-------------------------------------

Ramadhan bagi aku adalah satu bulan yang Allah kirimkan buat kita sebagai bulan untuk kita sebagai hambaNya membersihkan hati dan juga diri kita untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Bulan untuk kita mendidik hati kita untuk menahan diri dari kalah dengan nafsu diri. Puasa bukan sahaja mengajar kita untuk menahan diri dari lapar dan dahaga tapi lebih dari itu sebenarnya. Pada aku, kalau nak belajar untuk didik diri ni jadi penyabar, Ramadhan la masa yang paling sesuai. Tapi janganlah nak harap Ramadhan je lepas tu buka balik perangai lama. Tu memang nak kena ketuk kepala la tu.

    Firman Allah s.w.t.
    { شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ} [البقرة : 185

Bermaksud: Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang batil)

Nas di atas menunjukkan bahawa al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang memisahkan di antara haq dengan batil itu diturunkan dalam bulan Ramadhan.

Dalam bulan Rmadhan ni, banyak kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Antaranya;

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
      (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Ok. Aku rasa sampai sini je dulu apa yang aku boleh kongsikan. Insyaallah nanti bila ada masa aku kongsi lagi ya. Takut nanti ada yg muntah hijau pula baca blog aku panjang-panjang ni. If korang rajin, korang boleh google atau dapatkan imu dr mana-mana boleh yang lain. Dorang lagi kongsi macam-macam ilmu yang menarik. Info yang aku dapat ni pun dari hasil bacaan aku dkt blog-blog mereka yang lain. Moga segala info yang ada ni boleh kita jadikan sebagai ilmu tambahan dan juga peringatan buat diri kita. Termasuklah diri aku ni sendiri.

Serius kalau da bosan;

Friday: June 28, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


OK. Ni serius memang ada hilang pertimbangan dan kalau jadi benda mcm ni maknanya yang aku memang da cukup aman dan tenteram sekarang ni. Mana taknya, mana ada orang boleh update blog waktu ofice hours mcm ni. Tapi selamba badak je aku buat kan. Haha. Tu maksunya yang aku memang da siapkan semua kerja yang ada dalam tangan aku dan office ni sekarang hanya ada berapa kerat je yang tinggal. Aku rasa 50% kot yang ambil leave hari ni so memang tinggal sikit je la manusia dalam ni. Yang paling best sbb yang ada pun yang sama kepala dengan aku. *Angkat kening sikit*

Jadi kerja aku hari ni google segala mcm info yang aku nak dekat internet ni. Sampai da tak tahu nak google apa lagi da. Aku pusing dekat MassCommunication department, semua tgh layan pc tgk segala mcm dekat internet tu sambil sibuk bual pasal uncle yang jual coffee dekat bawah tu. Kelakar la dorang ni. Staff dalam department tu semua Chinese tp otak semua gila-gila. Buat lawak dengan dorang memang best. Senang cakap aku memang boleh masuk la dengan group dorang ni. 

Aku pusing kiri aku, tengak amoi dekat sebelah tekun tengok phone dia. Ntah apa yang dia buat dr tadi aku tak tahu. Yang aku tahu dia memang tak ada kerja mcm aku. So memang heaven la duduk office time mcm ni. Tapi bosan jangan cakap la. Da tahap petala ke lapan aku rasa. Tengok la apa yang aku boleh buat lepas ni. Kalau rasa tak ada apa aku nak buat, aku sambung balik membebel dekat sini.


-------------------------------

"Kiss the joke, Love the doc"


Gadis Biasa