Lapan: Semalam hujan turun lagi

In the name of Allah, the Most Graciuos, the Most Merciful...


Hati mana yg tak tersentuh dengan sebuah keikhlasan?
Lagi2 utk hati lembut itu
Hati yg mudah tersentuh
Hati yg mudah menangis sendiri.


Kau akan nampak tawa dan senyum pada wajahnya
Tapi disebalik hati kecil itu
Tersembunyi pelbagai cerita
Cerita yg jadi rahsia buat dirinya


Semalam hujan turun lagi
Hari ini pun sama
Tapi cerita hari ini tak sama mcm semalam
Kenapa?


Aturan hidup manusia tu memang da Dia tentukan
Tapi ada Allah bg jadual hidup pada kita sorang satu?
Tidak kan?


Buka minda dan akal lebih luas
Cuba lihat dgn mata hati
Takut nanti kalau lihat tanpa sedar
Akan jadi hati yg mati


Hidup ini singkat
Sbb bila pun kita boleh pergi
Tanpa sempat  kita pesan pada mereka yg ada
Cuma nanti bila nafas tak lagi terhembus
Moga tiada dendam antara kita
Moga kenangan yg pernah ada akan jd potret indah buat  tatapan mata


Landasan panjang,
Gadis biasa

Selamat ulang tahun

Saturday: February 15,2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..


Selamat pagi dunia
Selamat pagi sekalian manusia

Tiada nada seindah bicara
Tiada kata seindah pujangga


Hari yang masih diberi nafas
Moga ia akan terus bertahan pada akhirnya

Selamat ulang tahun buat aku
Selamat


Kota Kinabalu,
Sabah

Kebodohan hati

Friday: February 14, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..

Berulang kali "private no" tertera di skrin phone. Ntah berapa juta kali aku pesan pada dari. Jangan kalah pada hati. Namun hati cepat bertindak.

Untuk kali yang keberapa, akhirnya hati mengalah. Aku capai phone yg berdering.

"Assalamualaikum. Sapa ni?" Bertanya sedangkan aku dapat tahu siapa dari suaranya. Suara yg tak pernah aku lupa. Suara yg hampir 6 tahun aku dengar setiap hari.

"Khalid. Dekat mana? "
"Kenapa ya? "
"Saya rindu". Ntah da berapa kali aku dengar kata2 tu. Bukan aku tak nak percaya. Tapi kebodohan yg dulu da ajar aku banyak perkara.

"Saya sibuk. I got to go. Maaf. Assalamualaikum". Aku matikan talian. Maaf sbb bukan niat nak sakitkan hati atau jadi manusia sombong pada kau. Aku cuma tak nak kembali pada kebodohan yang dulu.

Kebodohan yang hanyutkan aku dalam lautan duka. Cukuplah ada dia dlm hidup kau. Aku doakan kau bahagia.


Kota Kinabalu,
Gadis biasa

Ingatan

Aku ke sini lagi
Hiruk pikuk jalan masih sama
Pokok rumput juga sama 
Yang lain hanya ingatan aku
Yg hampir lupa pada indah tempat ini

Dulu masa aku ke sini
Ada dia aku khabarkan tentang indah di sini
Tapi kini tiada lagi dia
Mungkin kerna itu aku lupa

Bangunan yg ada berdiri dikiri kanan
Tanda tunjuk arah nama jalan
Semacam aku ingat
Memang aku ingat
Sebab aku pernah ke sini
Tapi aku benci bila ingat
Sebab aku ingat dia dlm semua benda

Kota kinabalu,
Gadis biasa

Tujuh: Laut atau Langit?

Dalam ruang ini aku terasa sempit
Hirup nafas pun terasa sesak
Kalau aku biasa pilih antara langit dan laut
Aku akan pilih laut

Kata manusia laut akan buat kau lemas
Kata manusia langit akan buat kau terbang tinggi

Tapi aku tetap akan pilih laut
Biar lemas
Biar terdampar di pasir putih
Biar nanti pasir putih itu akan aku lukis dengan kisah kita

Atas awan;
Gadis biasa

Bab 2 & Enam: Mimpi

Thursday: February 13, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


Penat satu hari ni masih bersisa. Aku rasa kalau penat tu boleh timbang berat. Aku boleh jadi juara untuk hari ni. Satu hari aku cuba penuhkan masa yang ada sebaiknya. Siapkan apa yang termampu. Walau terkejar-kejar tapi Alhamdulillah aku masih lagi hidup sampai masa ni.

Aku tengok jam pada tangan, da pukul 1940. Maghrib tak solat lagi. Aku tarik diri. Tinggalkan apa yang bersisa. Aku kena balik. Sebab Maghrib pun aku tak solat lagi.

"Esok kita jumpa dkt office". Aku cuma senyum pada empunya suara tu. Penat da sampai tak mampu nak kata apa. Aku kena cepat pergi surau. Takut Maghrib habis aku pun sekali habis.

----------------------------------------------

Tadi masa aku drive balik rumah, teringat mimpi semalam. Mimpi yang aku rasa cuma sekadar mimpi. Tapi kenapa dia yang aku mimpi. Bukan aku minta untuk ada dia dalam mimpi aku.

Malam macam ni patut tenang buat aku. Tapi ntah kenapa mcm berserabut je rasanya. Badan da penat. Mata pula da lesu. Baik aku rehatkan diri sementara boleh.

Aku capai buku yang aku da siap letak atas katil. Langit Vanilla karya Wani Ardy. Memang da jadi sifat semula jadi aku agaknya utk membaca sebelum tidur. Tengok lah banyak mana yang aku mampu baca malam ni sebab kudrat mata ni nak meniti satu-satu patah perkataan dlm buku tu da macam tak bernyawa.

Aku kalih mata pada luggae bag tepi almari. Esok nak kena travel lagi. Aku tgk buku pada tangan. Nak baca ke nak terus tidur.

Aku letak buku disisi. Aku rasa tidur tu paling baik. Lampu bilik aku matikan.

Gelap. Suram.

-----------------------------------------

Semalam aku mimpi dia
Mimpi dia lagi
Sampai bila aku akan terus mimpikan dia
Aku sendiri tak pasti

Kenagan itu memang ada
Mungkin kenangan tu yang bawa diri hadir dalam mimpi
Tapi kenapa terlalu kerap
Bukan aku tak suka
Cuma aku rimas
Rimas dengan mimpi yang cuma mainan lena
Yang indahnya cuma dalam khayalan
Tapi perit dalam realiti


Gadis biasa;

Lima; Hadiah buat aku

Thursday: February 13, 2015
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful


Sapa cakap aku tak menangis
Air mata ini jatuh
Tapi aku senyum
Sebab aku tahu Allah akan temukan kita semula

Walaupun ianya dalam mimpi sahaja 

Sapa cakap aku suka pada perpisahan
Perpisahan yang bukan kehendak kita
Perpisahan yg membawa pada pertumpahan air mata
Yang akan bawa aku larut dalam duka

Air mata ini jatuh lagi
Tapi hati kena redha
Sebab apa yang kita buat ini
Untuk kejar Cinta Illahi
Cinta Agung milik sang Pencipta

Aku pergi bukan kemana
Aku pergi cuma mencari diri
Tapi aku tetap di sini
Aku pernah berikan hati
Dan aku tak minta kau pulangkan semula
Aku cuma minta kau jaga
Jaga dalam doa

Aku tak pergi jauh
Insyaallah kalau memang da jodoh
Kau mesti hadir lg dalam mimpi aku
Dan nanti Allah akan hadirkan depan aku
Sebab aku nak itu sebagai hadiah buat aku
Hadiah dari Dia yg satu



Gadis biasa;

Bab 1

Wednesday: February 12,2014
In the name of Allah, the Most Gracious,the Most Merciful..

Sekarang masih hari yg sama. Tp da dua kali aku ke sini. Melakar kata menjadi pujangga. Hari ni panas sampai ke telinga. Kuasa kipas da tak mampu sejukkan udara yg ada. Walhal angin malam biasanya nyaman hingga ke hati. Mata masih kuat utk celik. Cuma tunggu 10 saat untuk rebah. Lena. Sbb badan da memang hilang tenaga. Tp da namanya manusia biasa. Rehat kau nanti bila da baring dlm kubur. Bila sekarang ni la masa nak tambah amal buat pahala utk buat bekalan di dunia sana. Masa da suntuk. Aku rasa aku patut pergi. Esok aku datang lagi.

Gadis biasa;

Empat: Tunduk dlm pekat

Monday: February 12, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious,the Most Merciful..


Bila hati tak tenang
Aku mula cepat melatah
Duduk tak kena 
Berdiri pun salah
Ntah apa yg betul aku sendiri hilang arah

Malam memang gelap
Yg ada cuma cahaya bintang
Aku cari bulan 
Tp suram 
Samar dalam pekat malam

Aku fikir berjuta kali 
Kenapa hati susah nak dibelai
Aku tunduk pada Illahi 
Aku pohon ampun jika ada dosa tanpa sedar
Aku tahu aku manusia lemah
Senang tunduk pada hati

Dia beri ilham
Yg kadang2 sukar nak nampak dgn mata akal 
Tp terang bila kau guna mata hati

Aku tanya diri 
Apa yg aku mahu sebenarnya 

Aku tanya pada hati 
Kau tahu jawapannya

Aku cuma mahu jd baik 
bukan utk sapa2 
tapi utk aku


Gadis biasa; 

Tiga;

Sunday: February 9, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the most Merciful..

Kuntuman bunga pun boleh layu
Ini kan pula sekeping hati
Yang penuh dengan harapan

Sekali kau tusuk mimpinya
Sekali kau calar rasanya
Tak mungkin retak hati itu dapat kau pulihkan.

Gadis biasa; 

sayap rindu

Saturday: February 8, 2014
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..


Berikan sepasang sayap
Pada rindu yang meronta

Ketika malam menangis
Bulan yang merajuk
Akulah bintang
Menanti hadirnya rindu
Bersama sayap-sayap emas
Yang telah kau berikan

Akulah bintangmu
Akulah penantimu.

Nukilan-Rozlan Dafinka

Tentang hidup. Tentang manusia.

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful... 
Tuesday:  14:32


Jalan yg lurus tu tak selalunya indah,
Kalau kau minta aku pilih,
Aku akan pilih jalan berliku,
Yg mungkin penuh dgn duri.

Jalan lurus tu tak selalunya indah,
Kerna yg lurus itu mungkin permulaan sahaja, 
Hujungnya belum pasti lagi.

Bagi aku, 
Yg berliku itu penuh dgn warna, 
Yg akan kau temu dalam setiap durinya,
Bukan utk kau mengeluh dalam setiap payahnya,
Tapi utk kau bersyukur dlm tiap peritnya. 

Aku belajar sesuatu,
Tentang hidup. Tentang manusia.
Yg akan aku bawa pelajarannya hingga hujung nyawa.


Gadis biasa;

Tambah sikit ilmu;

Wednesday: June 3, 2013
In the name o Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Peluang macam ni tak mudah datang. Kira peluanglah nak rehat lama-lama dekat rumah mcm ni kan. Ingatkan test tadi lama sampai petang. Rupanya kejap je. Jadi banyaklah masa yang terluang hari ni. Bila duduk sorang-sorang mcm ni memang banyak yang aku fikir. Masa depan.

Pejam celik da hampir nak Ramadhan. Bulan yang paling semua orang tak sabar nak tunggu kehadirannya. Aku pun sama. Setiap tahun Ramadhan yang paling aku rindu. Rindu nak rasa damainya siang dan tenangnya malam di bulan Ramadhan.

Aku rindu nak rasa Ramadhan sebagai seorang pelajar. Dulu, 3 tahun lepas adalah Ramdhan yang paling aku rindu. Puasa pada tahun akhir pengajian dan sebagai seorang pelajar terlalu banyak memori yang aku simpan. Rindu bazar dekat luar pagar tu. Habis kelas je semua pakat jalan ramai-ramai pergi bazar. Bila malam, masjid jadi tempat bertapa aku. Rindu suasana macam tu. Dulu masa ada kak apha, kak yen & kak syam seronok sebab malam-malam jalan sama-sama pakai telekung siap main takut-takutkan orang. Hehe.. Putus fius masa tu. But bila dorang da habis belajar, aku la yang sorang-sorang dekat sana.

Ingat lagi 3 tahun lepas, sehari sebulan puasa ada ceramah dekat Masjid As-Syakirin tentang Ramadhan. Ceramah tu mula usai solat Isya dan aku pilih untuk duduk sendiri di satu sudut. Sendiri. Memang semester akhir sebagai pelajar dulu aku banyak habiskan banyak masa sendiri. Aku tak ingat nama ustaz tu tapi apa yang aku ingat ustaz tu da berjaya buat aku menangis malam tu. Sampai balik bilik malam tu pun aku nangis masa call ibu, papa, kak long dan abang ngah. Malam yang roomate aku tengok mcm pelik je. Asal la akak aku sorang ni. Hehe.. Sorry la intan, akak memang emotional sangat malam tu. Tapi serius, ustaz tu memang best. Kata-kata dia buat aku lupa pasal dunia.Thanks ustaz!!


"10 hari pertama dia bulan Ramadhan itu adalah Rahmat, 10 hari dipertengahan Ramadhan itu adalah Pengampuan dan 10 hari terakhir di bulan Ramadhan itu adalah Pembebasan"


Sebaris kata-kata ustaz tu yang buat aku ingat sampai sekarang dan buat aku rindu nak tunggu hadirnya Ramadan setiap tahun. Ok, aku ada janji nak tulis entry pasal Ramadhan kan. Now aku rasa aku ada masa yang cukup untuk menulis.

-------------------------------------

Ramadhan bagi aku adalah satu bulan yang Allah kirimkan buat kita sebagai bulan untuk kita sebagai hambaNya membersihkan hati dan juga diri kita untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Bulan untuk kita mendidik hati kita untuk menahan diri dari kalah dengan nafsu diri. Puasa bukan sahaja mengajar kita untuk menahan diri dari lapar dan dahaga tapi lebih dari itu sebenarnya. Pada aku, kalau nak belajar untuk didik diri ni jadi penyabar, Ramadhan la masa yang paling sesuai. Tapi janganlah nak harap Ramadhan je lepas tu buka balik perangai lama. Tu memang nak kena ketuk kepala la tu.

    Firman Allah s.w.t.
    { شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ} [البقرة : 185

Bermaksud: Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk, dan pemisah (antara yang hak dengan yang batil)

Nas di atas menunjukkan bahawa al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang memisahkan di antara haq dengan batil itu diturunkan dalam bulan Ramadhan.

Dalam bulan Rmadhan ni, banyak kelebihan yang Allah berikan kepada kita. Antaranya;

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
      (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Ok. Aku rasa sampai sini je dulu apa yang aku boleh kongsikan. Insyaallah nanti bila ada masa aku kongsi lagi ya. Takut nanti ada yg muntah hijau pula baca blog aku panjang-panjang ni. If korang rajin, korang boleh google atau dapatkan imu dr mana-mana boleh yang lain. Dorang lagi kongsi macam-macam ilmu yang menarik. Info yang aku dapat ni pun dari hasil bacaan aku dkt blog-blog mereka yang lain. Moga segala info yang ada ni boleh kita jadikan sebagai ilmu tambahan dan juga peringatan buat diri kita. Termasuklah diri aku ni sendiri.

Serius kalau da bosan;

Friday: June 28, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


OK. Ni serius memang ada hilang pertimbangan dan kalau jadi benda mcm ni maknanya yang aku memang da cukup aman dan tenteram sekarang ni. Mana taknya, mana ada orang boleh update blog waktu ofice hours mcm ni. Tapi selamba badak je aku buat kan. Haha. Tu maksunya yang aku memang da siapkan semua kerja yang ada dalam tangan aku dan office ni sekarang hanya ada berapa kerat je yang tinggal. Aku rasa 50% kot yang ambil leave hari ni so memang tinggal sikit je la manusia dalam ni. Yang paling best sbb yang ada pun yang sama kepala dengan aku. *Angkat kening sikit*

Jadi kerja aku hari ni google segala mcm info yang aku nak dekat internet ni. Sampai da tak tahu nak google apa lagi da. Aku pusing dekat MassCommunication department, semua tgh layan pc tgk segala mcm dekat internet tu sambil sibuk bual pasal uncle yang jual coffee dekat bawah tu. Kelakar la dorang ni. Staff dalam department tu semua Chinese tp otak semua gila-gila. Buat lawak dengan dorang memang best. Senang cakap aku memang boleh masuk la dengan group dorang ni. 

Aku pusing kiri aku, tengak amoi dekat sebelah tekun tengok phone dia. Ntah apa yang dia buat dr tadi aku tak tahu. Yang aku tahu dia memang tak ada kerja mcm aku. So memang heaven la duduk office time mcm ni. Tapi bosan jangan cakap la. Da tahap petala ke lapan aku rasa. Tengok la apa yang aku boleh buat lepas ni. Kalau rasa tak ada apa aku nak buat, aku sambung balik membebel dekat sini.


-------------------------------

"Kiss the joke, Love the doc"


Gadis Biasa

Kenangan memang tak boleh diulang lagi ke;

Thursday: June 27, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Esok jumaat, lusa Sabtu, tulat da Ahad. OK. Minggu yang paling lambat aku rasa masa berlalu. Dan minggu yang aku rasa paling banyak mengelamun dari fokus. Dan minggu yang aku rasa aku banyak bual dari jatuh cinta dengan fail yang da bersusun atas tray meja tu. Ntah apa yang aku rasa aku pun tak tahu. Tapi yang pasti, minggu ni memang aku banyak main dengan perasaan yang berubah-ubah. Taufan emosi dan jadi balik. Aku rasa da lama tak kena taufan emosi macam ni.

Semalam bonda call sbb nak buat announcement yang she become a granny now! Happy? Of course la sbb memang dari dulu lg dia nak sangat dapat cucu. Sampai pernah suruh aku yang kahwin sbb nak cucu. Bonda ni betul ke tak betul? Masa tu abang ngah pun tak kahwin lg taw. Tak kan la aku nak langkah bendul. Lelaki mana pula aku nak cari buat bakal imam aku masa tu. Even bonda siap offer bonda nak carikan lagi. *Putus fius la bonda ni* Btw congrats abang ngah & kak ngah sebab dapat baby girl!

So, dengan bangganya aku da jadi mak lang. Ops silap. Auntie Yin. Hum.. Macam tak berapa nak kena. Sebab rasa mcm tua sangat lah kan. OK la. Mak long is much better. Hehe.. Kejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik da pertengahan tahun. Kejap lagi da nak Ramadhan. Tak sabar rasanya nak tunggu Ramadhan. Bulan yang penuh dengan barakah. Rasanya dulu aku ada tulis tentang barakah bulan Ramadhan ni. Tp dalam blog lama. SO memang da sah lah aku delete. Insyaallah nanti ada masa aku karang balik tentang tajuk tu.

But now still in Syaaban. If you realize yang bulan Syaaban ni pun sebenarnya terkandung macam barakahnya. Cuma kita sendiri je yang nak kena buat pilihan untuk nak ambil tahu atau terus buat tak tahu. As muslim, we should gain as much knowledge as we can. Pada aku, Islam tu satu agama yang mudah. Tapi bila da rasa agama tu mudah, janganlah pula ambil mudah untuk semua perkara. Kadang-kadang bila aku fikir sendiri, da cukup ke diri ni sebagai Islam yang betul-betul Islam. Am I truly practising Islam  in my daily life? Soalan yang mcm ni la yang selalu buat aku ingat balik mcm mana aku berubah.


"Setakat solat 5 waktu tu da cukup ke nak yakinkan kita yang kita ni da betul-betul Islam?" Dari soalan ni lah bermula segalanya. 3 tahun lepas. Di sebuah daerah kecil. *Hum* The rest is history. Tapi aku bersyukur sebab Allah temukan aku dengan kakak-kakak yang cool mcm dorang. Yang boleh buat aku fikir sendiri untuk ubah diri ni. 1 tahun lebih aku hidup dengan dorang. Banyak yang aku belajar. Ingat balik semua tu buat aku rasa bersyukur sangat tapi dalam masa yang sama ada rasa sedih.Rindu nak duduk sana. Tempat paling damai bagi aku. "One day, akan ada satu masa yang yin akan rasa terasing dan keseorangan. Masa tu, doa pada Allah dan ingat yang Dia sentiasa ada". Allahuakbar. Seraut wajah putih bersih tu kembali dalam ingatan aku.

Aku alih mata pada jam dekat dinding tu. Cukuplah untuk malam ni. Esok nak bangun awal sebab nak ambil masa lebih untuk baca Surah Al-Kahf. Bila sebut pasal surah ni, niat aku yang nak hafal beberapa ayat dalam surah ni tak mula lg. Bila la dapat nak mula. Hafazan surah Maryam pun da tak berapa nak lancar. You should do something yin. Jangan sampai dari tak lancar tu hilang terus. Insyaallah, lepas ni da kurang travel ni boleh la ikut balik jadual waktu mcm dulu. Insyaallah....

------------------------

Teringat ada kawan yang tanya;
"Why da tak blogging in English? Semua entry in Malay. Tak mcm dulu. Da lari dari blog dulu."

Ok. Serius. Memang aku yang pilih untuk lari dari blog yang lama. Malay writing pun ok apa. Bukannya blog dulu pun semua english. Cuma 70% memang english. Aku tak jawab apa pun bila dia tanya mcm tu. Diam. Tu lagi baik. Sebab cukuplah aku tahu kenapa.





Gadis biasa;

Ambil posisi selesa;

Saturday: June 22, 2013/0735
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Selesai solat subuh pagi td, macam biasa zikir al-Mathurat jd amalan. Insyaallah, moga amalan ini akan terus istiqamah hingga hujung nyawa nanti. Langsir biru laut itu aku selak ke tepi, jendela aku buka sedikit. Nyaman. Angin pagi seperti itu sejuk menyapa muka ini. Ya Allah, besarnya kekuasaanMu ya Rabb. Indahnya ciptaan Mu tiada tandingan.

Di luar jendela, tak banyak aktiviti yang aku nampak. Mungkin rata-rata mereka masih lagi berbaring malas. Biasalah hari ni hari sabtu. Off day after 5 days kena kerja. Nikmat untuk orang bekerja mcm ni la. Aku pun kadang-kadang mcm tu juga. Ni la masanya nak ambil peluang untuk berehat-rehat lebih sikit. Sedar tak sedar, da seminggu berlalu. Aku ambil laptop atas meja dan bawa ke katil. Ambil posisi selesa lalu aku letakkan atas riba. Button on aku tekan. Novel baru yang aku beli semalam terletak kaku di sisi. Anthem by Hlovate. Baru berapa helaian yg aku baca semalam tp tu pun bersengkang mata sbb nak lawan nafsu mengantuk. Setiap kata dan jalan ceritanya buat aku nak teruskan bacaan tanpa perlu aku stop walau sesaat pun. Tp sbb ada kata yang perlu aku kotakan, buku perlu aku tutup. Dan terbiarlah buku tu sampai saat ini.

Background kapal-kapal besar di pelabuhan jadi tatapan aku pada skrin di hadapan aku. Icon internet explorer aku klik. Phone yang dari td berbaring senyap aku ambil. Instagram, twitter, fb da semua aku buka lepas selesai mathurat td. Aku cari app Ikim fm dan aku klik untuk loading. Favourite radio aku since dari dekat uni lg. Sebab ni je satu-satu radia yang pada aku rasa boleh bagi santapan rohani pada jiwa ni dan plus, radio ni tak banyak lagu yang dorang mainkan. If ada pun, lagu-lagu yang bg ketenangan pada jiwa ni. Alunan muzik merdu ntah dari kumpulan nasyid mana aku tak tahu menerpa telinga. Tapi nada dan iramanya sungguh dapat menarik ketenangan dari hati ni. Aku memang jenis tak pernah tahu tajuk lagu dan sapa penyanyi dia. Too bad right?

Ok, skrin dkt depan aku da masuk web blogger. Time to update blog girl! Aku pun tak ingat bila aku last post story dekat sini. *Are you so busy yin until no time for writing?* Nope! But indeed, yes I am busy with my 5 days working day. Ruang putih di hadapan aku sekarang ni buat aku mula menekan papa berhuruf. Semakin lama semakin laju jari ni mengukir kata pada ruangan putih. Alhamdulillah, itu yang terucap. Allah berikan aku rasa yang dalam untuk menulis. Perasaan untuk menulis tu sentiasa ada dalam diri ni. Mungkin sebab aku suka bercakap jd bila sorang-sorang macam ni nak cakap dengan sapa. Dekat sini je la tempat aku luahkan semuanya.

Minggu ni dekat Stadium Melawati Shah Alam ada program Mahabbah Ikim. Perasaan nak pergi tu memang ada sejak seminggu lepas bila dapat tahu pasal program ni. Tapi tak ada sapa nak teman. Anyone? No? OK. So duduk je la diam dekat rumah malam ni yin. Dengar je ikim dkt rumah. Tak la rasa mcm loser sangat kan?

I had short conversation dengan my uni friends this morning. Adat orang Islam, bertanya khabar dan new update from them. Cara eratkan silaturrahim antara saudara Islam dan paling penting hubungan sebagai kawan tu tak akan mati macam tu je. Pada aku kawan tu penting dan merekalah yang akan warnakan hidup aku. Tak perlulah contact hari-hari tp cukup once a while, Assalamualaikum tu perlu untuk kau hulurkan. Ini cara aku nak jaga hubungan antara kawan. Tapi untuk kawan-kawan yang berlima tu lain. Kami berenam. Kalau sehari tak ada conversation memang rasa lain. Persahabatan kami lebih dari itu. Da jadi mcm hubungan antara saudara. 6 kakak bersaudara. Haha *Smile*

Cuaca dekat luar masih lagi tenang dan damai. Tapi da boleh buat solat sunat Dhuha. Tapi jari ini masih lagi menari. Aku habiskan ayat yang terakhir. Icon publish aku klik. Ok. Done for blogging this morning. Laptop aku letakkan di sisi. Leslie masih lagi tidur. Memang saje la tu sbb tahu kakak dia ni ada dekat rumah. Tahap nak manja makin tinggi la tu.




Gadis biasa;

Malasnya hari ni;

Monday: June 17, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...
Cahaya matahari da mula naik menunjukkan sinarnya. Kalau ikut perkiraan yang aku pernah belajar dari majalah solusi edisi ke berapa pun aku da lupa, tp waktu mcm ni memang da boleh buat solat dhuha kalau kau nak. Tapi sekujur tubuh yang masih berbaring dengan tidur yang lena di atas katil yang enak tu mungkin da lupa yang aku sepatutnya kena kerja hari ni.

Ni la dia bahana tidur lewat semalam. Mahu taknya kalau badan da penat mcm tu, memang sah lah aku tak boleh tidur. Da memang formula badan aku mcm ni sejak dari dulu lagi. Bangun pagi td waktu subuh tu pun mengalahkan orang yang ada penyakit tulang belakang gamaknya. Mana taknya, kemain susah betul nak bangun. Nasib baiklah kuat lg iman ni nak buat aku bangun. Lepas solat mcm biasa, yasin dan al-Mathurat memang da jd amalam sejak dari belajar dekat uni lagi. Hurm.. bila teringat balik banyak yang aku belajar dkt uni dulu untuk jadi manusia yang lebih baik. OK. Stop the throwback yin. Memang ikut perkiraan aku yang da sebati dgn rutin harian ni, before 7am mesti semua urusan ni da siap. Dan lepas tu biasanya aku akan mula kemas rumah sikit-sikit dan buat breakfast. Tp sejak minggu lepas aku rasa, da tak ada lg sesi kemas dan prepare breakfast ni. Tp sesi lain pula yg ada. Sesi kuak lentang atas katil tu yg jd pilihan aku. Aduiii... ni kalau tahu permaisuri raja dkt kampung tu mahu senduk nasi naik atas badan aku. Masa tu ampun daulat permaisuri raja la aku hulur. Minta la dielakkan.

Mungkin penat sangat kerja yang buat aku rasa sesi kuak lentang tu penting. Mana taknya, sapa yang rela tinggalkan nikmat tidur utk pergi kerja yang kena spend 8hours dkt ofice tu?

Jadi dengan bangganya, aku pun bangun dr pembaringan. Ni pun sbb fikir ada kerja dkt ofice yg nak kena siapkan. Nak tak nak kena la bangun mandi. Part dalam bilik air ni jangan cakap lah. Aku boleh spend about 1 hour utk abdikan diri aku dalam tu. Mana taknya, berdiri depan cermin sebelum proses wajah ni pun aku ambil masa 3 minit. Ntah apa aku belek dkt cermin tu pun aku tak tahu. Macam tu jugalah muka ni. Tapi da jadi tabiat. Nak buat mcm mana. Tu belum lg masuk part  nak bersihkan muka. Lagi lama. Sbb utk aku, basuh muka bukan sekadar nak basuh je. Ni la time nak urut setiap inci muka tu. Kadang-kadang layan juga sorang-sorang bila buat mcm tu. Rasa mcm satu ketenangan.

Tapi kalau nak mandi sampai 1 jam tu biasa aku tak buat pagi mcm ni. Paling lama pun aku mandi waktu pagi dalam 20 minit. Cukup la tu. Siap je proses bersiram, mcm biasa aku dulukan dhuha dulu. Lepas tu baru aku bersiap utk pergi kerja. Lagi pun bukan lama nak bersiap. Tak payah lah nak fikir pakai baju apa semua. Sbb company aku kerja tu memang da provide baju seragam yg harus semua pekerja pakai. Cuma kau pilih je la baju warna apa kau nak pakai hari tu. Match dgn tudung dan seluar, kira ok lah. Tak susah pun.

Tepat 8.20 semua siap. Ambil handbag, buka sikit tingkap bg udara segar masuk dlm bilik ni. Off semua plug, ok done!

Bila da ada sesi kuak lentang, memang tak ada lah breakfast sedap. So, mcm biasa. 1 gelas air kosong mesti aku minum dulu. Lupa pula madu kurma dengan madu da habis. Cepat pula stok bulan ni habis. Nasib income masuk minggu ni. Boleh shopping barang rumah sekali. Ok. Ambil ni, ni dan ni. Done for my breakfast. Good. Nw time untuk berkhidmat untuk amal dunia. Moga boleh jadi pahala untuk bawa pergi akhirat nanti. Insyaallah, yang penting niat.

8.30am papa sampai and macam biasa papa lah yang akan hantar aku pergi stesen ktm tu. Stesen ktm tu dengan aku da mcm kawan baik. Mana taknya hari-hari muka aku mesti ada dekat sana. Kalau agak aku tak ada sebab travel, dan stesen tu boleh bercakap mesti dia tanya mana aku pergi. Kalaulah.... Bila nak keluar rumah mcm biasa aku akan text dia. Minta izin inform apa yg perlu. Yang tu harus. Waktu ni la baru aku alert dgn phone kesayangan aku. Waktu dalam kereta nak pergi ktm tu, papa buka radio hot fm. Suara yuna yang mengisi ruang medium dlm kereta papa buat seketika. Ntah apa tajuk dia. Aku tak pasti. Memang taklah aku nak kenal semua nama lagu. Lagu yg dia bg tu pun satu dua je aku tahu tajuk dan penyanyi asal. Yang lain aku tak tahu. Jd yg aku tak tahu tu,penyanyi asal lagu tu dialah. Hehe.. last sekali bila yuna da habid nyanyi, papa tanya. "Tu lagu baru yuna ke?" Aku dengan penuh confident jawab. "Ye la tu sbb tak pernah dengar". Time tu juga papa gelakkan aku. "Bila masa pula yin dengar radio?". OK papa boleh teruskan gelakkan tu. Betullah aku manalah dengar radio kecuali bila naik kereta dgn papa or kak long. Tu pun bukan layan sangat. Nasib la labu..

Macam biasa waktu pagi memang waktu paling ramai orang tunggu train nak pergi kerja. Ada lagi 10 minit train ke destinasi aku akan sampai. Tu pun kalau betul-betul ikut jadual. Tengah aku duduk tgk permandangan indah, tiba-tiba ada satu aroma yang wangi menusuk hidung aku ni. Bau macam kenal. Aku pusing kiri, tengok ada mamat india sebelah ni makan nasi lemak pula. Lapar sangat la tu bro...

Cukup penat hari ni?;

Sunday: June 15, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


Good night everyone! Sweet dream! *Ops* Da kenapa? Haha.. Starting yang agak poyo la juga kan. Aci redah je nak tulis apa kan. Mentang-mentang hak sendiri.

Dengan sebotol air sejuk dan coklat dalam mulut ni aku mulakan segalanya. *Angkat kening double* Terasa segar pula tubuh ni lepas da selamat bersiram. Muka pun da rasa ringan sebab da seharian ada dekat luar tu. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Lepas selesai bersiram td terus je solat. Buat apa yang patut dulu.

Hari ni terpaksa kerja tambahan. So pagi-pagi lagi da kena keluar rumah untuk jalankan tanggungjawab. Nak tak nak kena la pergi juga. Honestly, bukan tak suka kerja-kerja macam ni tapi pada aku la kerja mcm ni buang masa je. But hey, after aku fikir balik ada juga kebaikannya kenapa bos arahkan aku ngn team pergi buat kerja mcm ni. Bila kerja dalam indusrti macam ni. Nak tak nak you have to do it and for me, this is a learning process that we have to do. And of course, this is a part of our job. *Smile*

Kira ok apa sebab bila dapat buat kerja luar, sebab dapat tengak macam macam and learn something new. But the most important thing is, I love all my members team. All of them are so cool ok. Best apa sebab tak la rasa tension sangat bila kerja. Lagi-lagi bos. Memang cool habis la. Siap boleh jalan pegang tangan, berkepit mcm husband and wife and paling penting, we can share everything that we want. Nak tidur atas bahu dia boleh. Best kan? But time kerja kena la kerja betul-betul. Jangan banyak main. She always protect me like Im a sister. Because aku lah satu-satunya malay girl dalam team tu. Dia tahu mcm cara aku kerja. Sbb agama kami berbeza dan aku hormat dia sbb dia hormat agama aku. Syukur Alhamdulillah...

Da penat seharian dekat luar, so now time aku nak rehat. Esok kena kerja mcm biasa. Minggu ni sure akan busy sbb report from Us da keluar so kena export from system dan ni la masanya nak kena siapkan report tu in detail for both country. Hopefully, semuanya lancar macam biasa. Pray hard, work harder yin!!



Gadis Biasa;

Allah is doing the right thing for you, yin;

Saturday: June 15, 2013
In the name of Allah, the most Graciuos, the most Merciful...



                          






















   (Sources: Google Image)

Ya Allah, kuatkanlah hati ni. Redhakanlah aku dengan ujian Mu ini Ya Rabb. Tenangnya semalam buat aku lupa adanya lagi hari ni. Hari ni tak mcm semalam. Ada ujian yang tak aku sangka yang perlu aku lalui. Cukup dengan hati yang terseksa ni cuba aku redakan. Janganlah jasad ni sama terseksa.

Alhamdulillah sbb Allah masih kurniakan mereka untuk jadi tempat aku luahkan rasa hati. Baru aku sedar ni la yg bonda selalu bilang tentang teman sejati. Thanks friends for being so nice to me. Thanks sbb sedia ada bila pun aku perlukan. Aku tahu korang pun sibuk but hey, our friendship is more than everything right? No value that you can paid for our friendship.

Hidup memang tak selalu jadi macam apa yang kita plan. Allah da tetapkan setiap sesuatu yang terjadi. Belajar untuk redha dan terima hakikat yang semua ni ujian buat kau yin. Allah nak uji kau. Ingat.

--------------

"Allah is doing the right thing for you, Yin. Just follow His plan and everything will be ok. Allah already plan the best journey for you"

---------------

Gadis Biasa:

Sedih dan gembira tu kan warna sebuah kehidupan;

Friday: June 14, 2013
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful...


    


















(Image: Google Sources)

Hari ni lebih tenang dari semalam. Penghujung minggu yang lebih baik. Lebih tenang dan lebih damai. Tak banyak tugasan untuk hari ni. Kebanyakkan tugasan minggu ni da aku siapkan. Cuma tinggal sikit je yang perlu aku update minggu depan. Minggu ni aku kerja start kerja hari minggu. OK. Have to even you don't want it happen yin.

Tenangnya hari ni tetap buat hati aku tersentuh. Kawan buat gelak, buat usik sana sini, kawan yang selalu kena pukul dengan pembaris, dan kawan yang faham kepala aku even we're not come from a same religion & even our gender also different. But, hey who is care? Dia akan move to another company. He will leave us. Memang secara general dia baru je join company yg aku kerja about 5 months or may be less than that. I can't remember. Mulanya memang aku tak close pun dengan dia, sbb since dia join us aku memang da start busy travel non stop. So chance to meet each other pun less that we are expected to be. Dia department lain. Aku department lain. Dia dkt 5th floor. Aku dkt 10th floor. How do you expect us to meet each other selalu? Seriusly, before we become a close stranger, bad friends bila jumpa je memang muka dua-dua toya. Haha.. Memang tak la nak aku senyum mcm kau tu da kenal lama dengan aku. Setakat senyum 3 saat ok apa?

Cuma yang aku respect dia ni yang boleh buat we become a good stranger sebab dia hormat sapa aku. Yang paling penting dia hormat agama aku. Hey, he is not a muslim but he knows generally about Islam. Even dia dkt company tu about 5 months but aku close dengan dia dalam sebulan mcm tu je lepas tolak tambah hari aku travel semua tu la. One more thing, bila dia naik je 10th floor tu, mesti tiba2 dia akan berdiri depan meja aku. Tahap usik lawak dia tu la yang buat aku yang tengah stress menghadap komputer dari pagi bawa ke petang tu boleh gelak non stop. Paling kuat dia usik aku, pembaris besi la yang jadi habuan dia. Sapa suruh usik aku lebih sangat? Haha.. Even all our collegues pun tahu yang dia tu memang kaki mengusik. Bukan dengan aku je, dengan semua pun dia usik.

Hey bro, sorry la if aku ada salah silap dengan kau. Thanks for being nice to me and thanks because banyak tolong aku untuk handle dengan supplier for my project and make it all my jobs done in the due date. Da tak tahu nak cakap apa, cuma hey, you are the best stranger yang aku pernah jumpa. Ayat kau yg selalu buat kau makan pembaris besi tu; "Perempuan paling ayu dalam ofice kerja mesti kena senyum. Your face sekarang ni da tahap makcik indon yang basuh public toilet dekat bawah tu. Hilang ayu kau nok." Hahaha.. Memang aku senyum je la. Bila dia tambah; "Wei, gelak lah penat aku buat lawak ni. Kau ingat kau senyum sopan tu aku tak kacau kau lagi ke?" Memang pembaris besi la makan kau kan. Haha..Aku memang tak gelak besar la kan. Senyum sikit da la. Tapi last sekali mesti dia say sorry dekat aku. Dia mesti cakap; "Yin, sorry. Aku saje usik kau sbb tgk kau stress sangat. Dalam Islam senyum tu sedekah". Again, thanks bro for the reminder. 

Kau tahu, aku tak senang nak baik dengan orang. Mungkin dengan kau aku rasa selesa. Even ada orang cakap kau mcm mak nyah. Tapi aku ok je. Aku doakan kau success in your new job. Kau cakap dengan aku, kau ada cita-cita kan? So make it happen friend. Go and achieve your dream!

OK. Stop the sad story. Now let start the happy story. Semalam one of my bestfriend from uni text me. We had a long conversation in group whatsapp. All are girls. Bestfriend time study sampai otak semua beku. Hehe.. Tiba-tiba rindu time study tu kan. Ok, the story is, dia nak bertunang da. I can't believe but that is the fact. Congrats dear! Im happy for you.

After discussing with others, we plan to go. Hopefully. Sebab schedule aku pun full. Macam tak cukup tanah nak jalan da. Yang lain pun sama. Hey, lain kali nak buat majlis mcm tu tanyalah kami dulu. Dulu Imah tunang pun tak dapat pergi sebab kena kerja. Now awak pula tak akan la kami tak nak pergi. Nak tengok awak jadi tunangan orang. Jadi milik fizi. Hehe.. OK. Rindu la dekat korang semua.

Hidup ni memang indah. Kalau kau tahu macam mana nak warnakan hidup kau sendiri. Sebab bukan orang lain yg akan warnakan hidup kau. Mereka yang hadir keliling kau ibarat warna yang melakar setiap jalan yang kau lalui. Sama ada kau nak guna warna tu atau tidak itu terpulang pada kau.

Aku bersyukur pada Allah sebab kurniakan aku manusia yang sentiasa buat aku gembira. Kau semua yang buat hidup aku sentiasa ada warna. 



Gadis Biasa;